Trip cuti sekolah
Fuhhh..penat semalam balik dari vacation satu family di Bukit Fraser yang nyaman bagai dibuai angin sepoi-sepoi bahasa.Cuaca yang sejuk dan udara yang nyaman membuatkan kami sekeluarga berasa amat selesa dan muka aku pun kurang berminyak!! :-D. Fraser Hill memang tempat release tensionlah ..lari dari kesibukan bandar..hahaha.. :-P. Sampai je kat Fraser Hill, terus check in TM Resort Bungalow.Lepas tu baring-baring ,guling-guling atas katil..tidurr...zzzz. errkk! aku tak tido! aku menonton televisyen.Malam tu kitorang makan kat Restoran Puncak,Aku order nasi gorang kampung and Neslo panas. Perrhh!! pedas gile beb!Cili api merata-rata dalam nasi.Keesokan pagi,aku berjalan kaki bersama emak & ayah ku dari tempat penginapan ke food court.Abang aku terjumpa pulak kawan hiking dia,Ili Aimie & waktu tu diorang dengan kakak aku tengah meredah Bishop Trail. Aku menikmati suasana pagi bertemankan nasi lemak kukus panas bersama teh panas.Semua panas-panas,sebab di sini sejuk seperti negara England.Ceh! Kira-kira jam 2 lebih, kami sekeluarga lunch di food court yang sama.Aku menjamu nasi ayam,teh O panas,burger kambing & jagung kukus.Wow banyaknya! Slurrppp!! Selepas menjamu selera bersama keluarga tercinta, kami mengambil angin di Paddock ,tmpt menunggang kuda & memanah. Selepas itu kami terus balik ke 'Bungalow' kami :-D . Malam itu,kami kembali menjamu selera di Restoran Puncak.Selamat malam!Keesokan harinya merupakan hari terakhir kami berada di Fraser Hill.Kami bersarapan di Restoran Puncak,restoran yang menyajikan makanan yang lazat-lazat belaka.Antaranya nasi lemak,mi goreng,nasi goreng,sup tulang,roti Arab & yang paling special, lempeng kelapa/pisang ..slurrpp..rangup & lembut..awww sedappnyaaa.Destinasi seterusnya, kami ke kedai souvenir utk membeli pelekat magnet,keychain serta baju dan Clock Tower bagi snap gambar disana-sini.kcing..kcing.. hehe. pastu kami pon balek..Tata !!!
No comments:
Post a Comment